Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Pembangunan

Soalan Lazim - Bahagian Pembangunan

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan satu skim yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor. Ia bertujuan membantu keluarga warga emas/OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan social mereka. Borang dan pendaftaran adalah PERCUMA.

1.     Siapakah yang layak  untuk membuat permohonan dalam SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)?

1.1   Warga Emas (Warganegara Malaysia) berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

1.2   Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor ATAU

1.3   Lahir dan sedang menetap di W.P Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 ATAU

1.4   Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya

      15 tahun   (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor) DAN

1.5   Orang Kurang Upaya (OKU) (tiada had umur) yang berdaftar di Jabatan

  Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menetap di Negeri Selangor atau telah

  menetap sekurang-kurangya 15 tahun.

2.     Dimanakah tempat yang boleh dirujuk ketika hendak membuat permohonan?

2.1   Rantaian Mesra Sdn Bhd, Aras G Bangunan Darul Ehsan No 3 Jalan

 Indah Seksyen 14,40503 Shah Alam Tel: 03-55103468/03-55103472 ATAU

2.2   Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor (PLB), Jalan Bukit Kerajaan,

 44000 Kuala Kubu Bharu.Tel: 03-60641026 ATAU

2.3   Pusat Khidmat Masyarakat di sekitar Daerah Hulu Selangor iaitu DUN

       Kuala Kubu Bharu yang beralamat Pejabat DUN Kuala Kubu Bharu (N.06)

 43, Tingkat 1, Jalan kamarudin 44000 Kuala Kubu Bharu

 Tel: 03-60651163.

 

2.4   Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali yang beralamat Pejabat DUN 

      Batang Kali (N.07), 41-1, Jalan Bunga Kertas 1D, Seksyen BS 1, Bukit

      Sentosa 48300 Rawang. Tel: 03-60652722 DAN

2.5   Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam yang beralamat Pejabat

 DUN Hulu Bernam (N.05), Balairaya Jalan Besar, Hulu Bernam 35900

 Tanjung Malim. Tel: 05-4599810.

3.     Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohanan?

3.1   Salinan Kad Pengenalan Ahli, Penjaga Dan Penama

3.2   Salinan Sijil Kematian, Sijil Perkuburan dan salinan pengesahan menetap

(bagi yang bermastautin).

 

4.     Siapakah Penjaga dan Penama yang layak untuk membuat permohonan?

4.1   Penjaga dan Penama mestilah Warganegara Malaysia. Pemastautin Tetap

tidak layak didaftarkan sebagai Ahli, Penjaga atau Penama.

4.2   Penama yang layak didaftarkan adalah seperti berikut: Anak. Isteri, Suami,

Ibu, Bapa, Cucu, Abang, Kakak, Adik atau Menantu. Seseorang itu hanya

boleh menjadi Penama kepada tidak lebih 2 orang Ahli yang berdaftar

sahaja.

5.     Berapakah jumlah dan tempoh sumbangan yang diberikan melalui Skim ini?

5.1   Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM 2500 kepada Penama

 Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar.

5.2   RM 1000 akan diberikan dalam masa 24 jam selepas menerima laporan  

 kematian serta dokumen lengkap diserahkan  dan pengesahan telah dibuat  

 oleh pihak- pihak yang diberikan tanggungjawab.

5.3   Baki RM 1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh  

penyerahan bayaran pertama dan akan dibuat dalam satu majlis khas.

 


Kemaskini pada 2016-06-16 15:21:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page