Pemohonan Pemberimilikan Tanah
APA ITU PEMBERIMILIKAN TANAH?
Melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.
APAKAH JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON?
Semua Tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor, kecuali :
a. Tanah Milik
b. Tanah Rizab
c. Tanah Lombong
d. Tanah Hutan
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON?
a. Warganegara Malaysia selain remaja.
b. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah
perlembagaan masing-masing untuk memegang tanah.
c. Raja-raja pemerintah, Kerajaan, organisasi dan lain-lain
orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan
Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
d. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata memegang
tanah di bawah Undang-undang bertulis masing-masing.
APAKAH KATEGORI / TUJUAN PERMOHONAN TANAH?
a. Pertanian
b. Bangunan Kediaman / Perniagaan
c. Industri
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON TANAH?
Dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah di mana tanah itu
terletak.
Cara memohon
a. Individu
- Isi borang Jadual 1 permohonan tanah dan borang Butir-butir Diri
Pemohon dengan lengkap (2 salinan).
- Pelan Tapak (2 salinan).
- Bayaran Permohonan.
b. Lain-lain Pemohon
- Isi borang (KTN) dan borang butiran syarikat / perbadanan
/ pertubuhan dengan lengkap (2 salinan).
- 1 salinan Memorandum an Article of Association bagi
pertubuhan salinan undang-undang tubuh disahkan
oleh Setiausaha.
- Borang 49 dan 24 terkini diperoleh daripada Pendaftar syarikat.
- Bayaran permohonan.
Nota
- Jika melibatkan tanah simpanan Melayu hendaklah
syarikat / pertubuhan tersebut bertaraf
Melayu dan tersenarai dalam Jadual Ketiga yang
terlibat di PTG mengikut Enakmen Rizab Melayu
(FMS Cap 142).
- Borang-borang hendaklah ditandangani oleh salah seorang
daripada Ahli Lembaga Pengarah dan disertakan Cop rasmi
syarikat / pertubuhan.
BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?
1. Beli 2 keping pelan.
Kurang dari 5 hektar (12 ekar).
RM 20.00 (1 Salinan).
Lebih dari 5 hektar (12 ekar).
RM 50.00.
2. Perlu mengisi borang Jadual 1 Aturan 2 Kanun Tanah Negara (KTN)
a. Pendaftaran Pertanian
Kurang dari 2 hektar (5 ekar).
RM 10.00.
Lebih dari 2 hektar kurang 10 hektar.
RM 50.00.
Lebih dari 10 hektar.
RM 100.00.
b. Pendaftaran Bangunan (Kediaman)
Kurang dari 1 hektar (2.471 ekar).
RM 50.00.
Lebih dari 1 hektar kurang 10 hektar.
RM 100.00.
Lebih dari 10 hektar.
RM 200.00.
c. Pendaftaran Bangunan (Perniagaan & Perusahaan)
Kurang dari 1 hektar (2.471 ekar).
RM 100.00.
Lebih dari 1 hektar kurang 10 hektar.
RM 200.00.
Lebih dari 10 hektar.
RM 300.00.
Catatan : Pemohon perlu memastikan di mana tanah Kerajaan Yang masih kosong sebelum membeli pelan lokasi di Unit Pelan.
SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?
Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
PERLAKSANAAN KADAR BAYARAN PREMIUM
i) Pekeliling PTG Selangor 7/2010
Garis Panduan Pembayaran Premium / Premium Tanah Di Negeri Selangor.
ii) Pekeliling PTG Selangor 6/2011
Garis Panduan Skim Pemilik Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bagi Kediaman
Persendirian Di Negeri Selangor.
Kemaskini pada 2020-02-12 08:55:13 daripada Administrator