Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

 

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Ruang simpan makanan penuh najis dan kesan kencing tikus, premis makanan diarah tutup

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melakukan operasi bersepadu ke atas beberapa premis makanan yang melanggar peraturan kebersihan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. - Foto ihsan MPHS
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melakukan operasi bersepadu ke atas beberapa premis makanan yang melanggar peraturan kebersihan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. - Foto ihsan MPHS

 

SHAH ALAM: Operasi bersepadu Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Ruang penyimpanan makanan dipenuhi dengan najis dan kesan kencing tikus selain tandas yang teramat kotor.

Ia antara penemuan hasil operasi MPHS terhadap beberapa premis makanan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor kelmarin.

Lebih memualkan apabila pengendali makanan mengabaikan amalan kebersihan asas sekali gus menyumbang risiko kepada keselamatan pelanggan.

MPHS berkata, operasi itu menumpukan aspek utama iaitu kebersihan keseluruhan premis termasuk tandas.

Beliau berkata, ia bagi memastikan peniaga mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan, di samping selaras dengan standard Tandas Bersih, Selesa dan Mesra Pengguna (Tandas BMW) yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Selain isu tikus, terdapat pembuangan sisa terus ke longkang awam, keadaan lantai dapur yang licin dan bertakung air, sistem ekzos yang tidak disenggara serta cara penyimpanan bahan mentah yang tidak menepati piawaian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 

MPHS berkata, pemeriksaan turut membabitkan penilaian tandas namun terdapat premis yang masih tidak memenuhi syarat minimum empat bintang seperti yang digariskan dalam piawaian.

"Keadaan tandas yang kotor, kekurangan sabun serta ketiadaan tisu, selain penyelenggaraan yang jarang dilakukan mencerminkan sikap sambil lewa sesetengah peniaga terhadap kebersihan asas untuk pelanggan.

"Susulan pelanggaran ini, MPHS mengeluarkan lapan kompaun dengan nilai keseluruhan RM18,750 di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan 2007, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 2007 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Sebuah premis makanan turut dikenakan arahan tutup selama 14 hari sehingga 8 Oktober depan bagi membolehkan pembersihan menyeluruh, pembaikan kemudahan serta menaik taraf tahap kebersihan termasuk tandas mematuhi piawaian yang ditetapkan," katanya.


Kemaskini pada 2025-09-29 08:32:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page