Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

 

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Op Tapis Selangor: Dadah RM4.3 juta dirampas, 748 individu ditahan

Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan Felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta. Gambar hiasan
Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan Felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta. Gambar hiasan

 

HULU SELANGOR - Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Op Tapis telah dilaksanakan dua siri iaitu pada Mei dan September lalu.

 

"Siri pertama pada Mei dilaksanakan di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Serdang telah menahan 160 orang dengan rampasan dadah bernilai RM35,551, manakala siri kedua di seluruh Selangor melibatkan tangkapan 588 orang dan rampasan dadah kira-kira RM4.3 juta.

"Pelbagai dadah telah dirampas dan serbuan ini dilaksanakan juga hasil aduan serta maklumat orang awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor pada Isnin.
 

Beliau turut menegaskan bahawa operasi sedemikian akan diteruskan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, menangkap tokan serta memusnahkan pot penagihan.

Ujarnya, polis juga menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah.
 

Sebelum ini, Shazeli dilaporkan berkata, objektif utama Op Tapis adalah untuk mengesan serta menangkap pengedar dan penagih dadah, di samping menurunkan kadar indeks jenayah di Selangor.

Operasi ini juga dapat meningkatkan kadar pertuduhan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap penagih berulang.


Kemaskini pada 2025-10-07 08:43:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page