Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

 

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Cap imigresen palsu dijual RM500, sindiket sasar warga asing tinggal lebih masa

Shazeli
Shazeli

 

HULU SELANGOR - Kegiatan pemalsuan cap imigresen membabitkan tangkapan lima individu termasuk wanita yang juga ibu mentua pemain bola sepak tempatan dikesan dipercayai beroperasi dengan berselindung di sebalik premis sah di Shah Alam sejak awal tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pelanggan sindiket terbabit terdiri daripada kalangan warga asing yang kebanyakan melakukan kesalahan tinggal lebih masa.

 

Menurutnya, satu cap dipercayai dijual dengan harga RM500.

"Wanita terbabit merupakan isteri kepada salah seorang suspek warga asing. Dia membantu suaminya menjalankan aktiviti dengan menggunakan premis perniagaan sah di Shah Alam sebagai 'cover up'.
 

"Kes dalam siasatan dan kesemua tangkapan masih dalam reman polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, sini pada Isnin.

Tambahnya, dipercayai pelanggan sindiket terbabit dicari melalui kenalan.
 

Jelasnya, pihak polis juga telah menghantar dokumen barang kes kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasit dilaporkan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak telah menahan seorang lelaki Pakistan berusia 27 tahun di sebuah apartmen di Gombak pada 1 Oktober.
 

Susulan tangkapan itu, tiga lelaki warga Pakistan berusia antara 39 hingga 47 tahun serta seorang wanita tempatan berumur 47 tahun ditahan di sekitar Shah Alam.

Operasi terbabit telah berjaya merampas barang-barang yang disyaki digunakan untuk memalsukan cap imigresen.

Kesemua tangkapan telah direman tujuh hari sehingga 8 Oktober untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Kemaskini pada 2025-10-07 08:48:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page