Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

 

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

 

HULU SELANGOR – Seorang lelaki dipercayai mengalami serangan jantung sebelum ditemui meninggal dunia ketika berbasikal bersendirian di hadapan stesen minyak Caltex Batu 30, Jalan Kuala Lumpur–Ipoh di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 11.15 pagi berhubung penemuan seorang lelaki yang didapati tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 39 tahun itu merupakan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan ketika kejadian sedang melakukan aktiviti berbasikal secara bersendirian.

"Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran, pergaduhan atau unsur jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, mayat individu berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh serangan jantung.

"Kes ini diklasifikasikan laporan mati mengejut," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Khadijah di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kemaskini pada 2025-10-15 09:08:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page