
Kerajaan Negeri Selangor, melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) akan menganjurkan Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA) 2026 pada:
Tarikh: 9 - 10 Februari 2026
Tempat: Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam
Program ini menghimpunkan wacana, idea dan pemikir dari dalam dan luar negara bagi menyuburkan perkembangan industri kreatif sastera dan budaya, di samping memperkenalkan Shah Alam sebagai bandar raya ilmu dan destinasi pelancongan budaya di peringkat antarabangsa.
Ayuh bersama-sama memartabatkan sastera, budaya dan pemikiran merentas sempadan.
![]() | ![]() |