Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lapor aduan MBPJ semudah ABCD

PETALING JAYA, 13 JUL: ‘Semudah ABCD..’, orang ramai kini boleh mengemukakan aduan menggunakan saluran tepat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk diambil tindakan segera.

Ketua Unit Aduan Awam MBPJ, Oon Chong Ling berkata aduan terbabit disalurkan kepada unit yang bertanggungjawab mengikut konsep ABCD.

Katanya, antara aduan perkhidmatan seperti penyelenggaraan parit, longkang, sampah sarap, jalan berlubang, lampu jalan, rumput panjang dan sebagainya.

“Kita mengguna pakai konsep semudah ABCD iaitu aduan, bahagian MBPJ, ‘Counsillor’ dan Datuk Bandar. Ia bermakna seriap aduan akan diserahkan kepada bahagian terbabit untuk tindakan, jika ia tidak diendah kita akan terus ke Ahli Majlis seterusnya Datuk Bandar.

“Aduan diterima diambil tindakan oleh MBPJ dalam tempoh 48 jam dan selewatnya-lewatnya dua minggu berdasarkan skop dan kesulitan aduan yang diterima,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Standard Operating Procedure (SOP) dan Service Level Agreement (SLA), jawatankuasa dibentuk untuk menggunapakai pengkelasan empat tahap keseriusan aduan awam iaitu tahap kritikal, segera, biasa dan tidak kritikal.

“Sejak dilaksanakan November lalu, MBPJ berjaya menyelesaikan lebih 2,000 aduan yang dikemukakan. Setakat tahun ini, aduan mengenai sisa pepejal paling banyak diterima membabitkan 3,749 aduan,” katanya.

Aduan boleh disalurkan 24 jam melalui Hotline di talian 03-79542020 atau Talian Am 03-79563544 sambungan 118,117,115.

Selain itu, melalui email di aduan@mbpj.gov.my atau sistem pesanan ringkas di 33213, Faks 03-79551804 atau Facebook MBPJ Aduan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-27 08:06:16 daripada Administrator

  •  
  • Print