Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor sasar bina satu maahad tahfiz setiap tahun

SHAH ALAM, 9 OGOS: Selangor mensasarkan lebih banyak pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains pada setiap tahun di sembilan daerah di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia bagi menampung permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa dan pelajar terhadap pendidikan agama.

Katanya maahad tahfiz sedia ada hanya mampu menampung kemasukan 180 pelajar setiap tahun.

murid tahfiz 25 julai 01“Permintaan daripada ibu bapa (untuk kemasukan anak-anak) cukup tinggi sehingga tahun lepas sahaja 400 permohonan diterima untuk kemasukan ke maahad tahfiz.

“Bagaimanapun kita memilih pelajar yang bukan hanya cemerlang daripada sudut akademik, tetapi memiliki kekuatan dalam kafahaman al-Quran,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata beberapa buah maahad tahfiz yang kini dalam perancangan dijangka akan siap menjelang tahun ini dan tahun hadapan.

Katanya ia merujuk kepada Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Bagan Lalang, Sepang dan binaan baru Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Pandan, Ampang.

“Sebenarnya kita ada beberapa tapak untuk pembinaan sekolah ini yang dijangka setiap daerah akan ada satu maahad tahfiz,” katanya.

Beliau berkata kekangan yang dihadapi kini adalah berkaitan pengambilan guru akademik terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bagaimanapun, katanya Kerajaan Selangor akan cuba mengatasi masalah itu melalui beberapa pendekatan dan kerjasama daripada pihak berkaitan.

“Kita akan minta kerjasama daripada pihak kementerian untuk bantu mendapatkan lebih ramai guru yang memiliki kemahiran pengajaran dalam subjek lebih tinggi untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-12 14:57:35 daripada Administrator

  •  
  • Print