Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MSN Selangor sokong usaha bina negara bersukan

KLANG, 10 OKT: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menyambut baik sambutan Hari Sukan Negara dengan menyifatkan ia sebagai tindakan proaktif dalam proses transformasi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah ‘Negara Bersukan’.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Zubir Idrus, berkata usaha Kementerian Belia dan Sukan itu juga mampu memupuk gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan masyarakat.

“Usaha ini amat bertepatan memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus di negara maju.

“Budaya sukan secara aktif dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik seperti obesiti di kalangan rakyat,” katanya.

Ucapan Zubir disampaikan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSN Selangor, Mohd Nizam Marjugi pada majlis perasmian Hari Sukan Negara peringkat Selangor 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Hari Sukan Negara diraikan buat kali pertama di seluruh negara hari ini dan sambutannya diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-12 10:06:23 daripada Administrator

  •  
  • Print