Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gabungan sukan rakyat dan moden ceriakan karnival sukan

SHAH ALAM, 22 NOV: Gabungan sukan moden dan rakyat menghadirkan kelainan dalam Karnival Sukan dan Sukan Rakyat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) / Penggerak Belia Tempatan (PeBT) 2015 kali ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohammad Hamin, berkata usaha itu dijalankan untuk mempopularkan acara sukan rakyat supaya ia tidak dilupakan masyarakat khususnya golongan muda.

mbsa 6

Katanya, gabungan kedua-dua acara sukan itu kali pertama diadakan kali ini sejak karnival itu dimulakan dua tahun lalu.

“Tujuan pelaksanaan karnival ini untuk mewujudkan daya saing dan semangat kesukanan di kalangan peserta.

“Ia juga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta tanpa mengira perbezaan umur, kaum dan agama,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian karnival di Dataran Kemerdekaan Sham Alam di siin, hari ini.

Karnival bertema ‘Semai Semangat Perpaduan Dan Muhibbah Di Kalangan Penduduk Shah Alam’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam disertai peserta daripada 24 Zon MPP/PeBT di sini.

Antara acara sukan moden diadakan ialah bola tampar, futsal dan badminton manakala sukan rakyat seperti boling kelapa, tarik upih, terompah gergasi, lumba lari dalam guni dan galah panjang serta permainan catur.

Turut diadakan pertandingan mewarna, dekorasi kek, explorace amal dan gerai jualan.

Karnival ini terbuka kepada semua penduduk menetap, bekerja atau belajar di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ disediakan di dataran berkenaan.

“Paling penting program diadakan ini bagi mengamalkan aktiviti sihat di kalangan masyarakat dan kita berharap setiap keluarga memulakan gaya hidup sihat,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-30 11:55:00 daripada Administrator

  •  
  • Print