Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBPJ serbu carwash dan rumah urut tanpa lesen

PETALING JAYA, 24 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi serbuan ke premis pusat mencuci dan mengilat kenderaan serta rumah urut yang beroperasi tanpa lesen di kawasan seliaannya.

Dalam operasi pusat mencuci dan mengilat kenderaan pada 9 Disember lalu, enam premis disita ke atas pemilik dibawah 38(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Trend Perniagaan dan Perindustrian (MBPJ) 2007.

MBPJ

Operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertujuan mengatasi masalah premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan kecurian air melibatkan pengusaha ‘carwash’.

Sepanjang 2015, sebanyak empat operasi bersepadu sudah dilaksanakan dengan 57 kompaun sudah dikeluarkan dan 121 sitaan premis.

Dalam perkembangan sama, MBPJ dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia membuat 14 tangkapan serta menyita sebuah premis rumah urut di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MBPJ) 2013.

Sebanyak 89 kompaun dan 51 sitaan premis rumah urut sudah dilaksanakan melibatkan 33 tangkapan sepanjang 2015.

Manakala 151 kompaun dikeluarkan dan 28 sitaan dibuat melibatkan 37 tangkapan ke atas pusat hiburan di kawasan Petaling Jaya bagi tempoh sama.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-29 08:13:02 daripada Administrator

  •  
  • Print