Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lori buang sisa binaan kantoi dengan MB

SUBANG JAYA, 10 JAN: Seorang pemandu lori yang cuba membuang sisa bahan binaan berhampiran tebing sungai di Kampung Bukit Lanchong, di sini, gagal menyelamatkan diri daripada terkantoi apabila lori yang dipandunya tersekat di bahu jalan yang licin.

Hal ini berikutan, delegasi lawatan kerja Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tiba di kawasan berkenaan bagi meninjau masalah pembuangan sisa binaan secara haram di tebing sungai ketika pemandu terbabit bergelut cuba melepaskan lorinya.

Azmin Ali

Mohamed Azmin berkata, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengenakan tindakan tegas dengan menyita lori berkenaan.

“Saya berharap penduduk kampung tidak bersubahat dengan berkerjasama untuk menghalang lori masuk membuang sampah binaan di tebing sungai kerana perbuatan ini akan menyebabkan sungai menjadi sempit dan banjir mudah berlaku,” katanya di sini, pada 8 Januari lalu.

Lawatan itu turut melibatkan MPSJ, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan beberapa jabatan lain.

Sebelum itu, Mohamed Azmin turut membuat tinjauan mengejut di satu lagi lokasi yang terletak tidak berapa jauh dari situ.

SAMPAH HARAM 2

Bagaimanapun, penjaga kawasan pembuangan sampah haram itu sempat menghilangkan diri ketika Mohamed Azmin sedang melakukan tinjauan.

SelangorKini difahamkan tanah tapak pembuangan haram itu dimiliki seorang individu yang mengambil keuntungan dengan mengenakan caj kepada kontraktor binaan yang membuang sampah di situ.

“Saya amat kesal dengan aktiviti pembuangan sampah yang kita percaya sudah beroperasi beberapa tahun. Kerajaan Negeri sudah arahkan MPSJ supaya mengeluarkan notis untuk merampas tanah terbabit,” katanya.

Selain kawasan pembuangan sampah haram, Mohamed Azmin turut meninjau kawasan pembinaan projek LRT yang mengakibatkan banjir di Jalan Besar berhampiran Kampung Bukit Lanchong.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-11 09:16:10 daripada Administrator

  •  
  • Print