Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Respon pantas isu sampah, MB bukan cakap kosong

SHAH ALAM, 22 JAN: Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Luvin Vishnu Perumal berkongsi pengalamannya berurusan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan kutipan sampah.

Dalam paparan yang dikongsi di laman sosial itu, Luvin menceritakan situasi kediamannya di Alam Impian, di sini yang berdepan masalah kutipan sampah tidak konsisten.

Beliau berkata, keadaan itu mendorongnya menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon Mohamed Azmin yang pernah disiarkan sebelum ini untuk melihat keberkesanannya.

Azmin

“Saya terlihat iklan memaparkan nombor telefon Menteri Besar dan cuba menghantar SMS tanpa mengetahui sama ada iklan itu adalah benar atau palsu.

“Alangkah terkejutnya apabila SMS yang dihantar pada malam itu dibalas Menteri Besar keesokan harinya memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan,” katanya.

Katanya, beberapa jam kemudian beliau menerima panggilan telefon daripada MBSA yang berada di kawasan itu untuk kerja-kerja mengutip sampah.

Malah, katanya, Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad turut berada di lokasi terbabit untuk memantau.

“Tindakan itu membuktikan Kerajaan Selangor mampu bertindak pantas dan efisyen, malah Mohamed Azmin juga adalah pemimpin sejati yang bukan hanya pandai bercakap,” katanya.

Paparan itu kemudian dikongsi Mohamed Azmin di Facebooknya dengan mengatakan pimpinan Kerajaan Negeri diingatkan supaya melunaskan tanggungjawab dan janji kepada rakyat.

Beliau berkata, mudah bagi mana-mana pemimpin membuat janji, namun dilihat lebih sukar untuk melaksanakannya.

“Sebab itu semasa pembentangan Belanjawan lalu, saya ingatkan semua pihak terutama Exco, Adun dan diri sendiri supaya jangan hanya bercakap tetapi perlu disusuli tindakan.

“Terima kasih atas pujian diberikan, kami mungkin akan membuat kesilapan tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik demi memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-27 08:29:24 daripada Administrator

  •  
  • Print