Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Red Giants kekal tanpa kalah benam Bujang Senang 4-2

SELAYANG, 1 MAC: Selangor mencatat kemenangan selesa apabila mengalahkan Sarawak 4 – 2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, malam ini.

Biarpun meraih tiga mata, penyandang juara Piala Malaysia itu bagaimanapun dikejutkan pasukan pelawat dengan gol awal menerusi penyerang import, Junior Aparecido pada minit ketujuh yang melepaskan sepakan kencang menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.

Gol terbabit menjadikan perlawanan berlangsung menarik dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan mencetuskan debaran di kalangan penonton tuan rumah yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Berikutan berlaku sedikit kekasaran, Sarawak terpaksa mengeluarkan ketua pasukan, Ronny Harun (m21) akibat kecederaan dan digantikan Shreen Tambi.

Perlawanan kian rancak dengan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan melancarkan serangan demi serangan yang akhirnya membuahkan hasil menerusi R Gopinathan (m25) berjaya menyumbat gol penyamaan hasil hantaran Patrick Ronaldinho.

Red Giants

Selangor mendahului tiga minit selepas itu apabila R Gopinathan ‘membalas budi’ dengan hantaran tepat dari sepakan sudut untuk Patrick Ronaldinho menanduk masuk melepasi penjaga gol lawan, Iqbal Suhaimi.

The Red Giants yang turun tanpa pemain import lincah, Andek Vermanshah, tidak menjejaskan keseluruhan permainan pasukan berkenaan di sepanjang separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor terus memberikan tekanan kepada skuad bimbingan Datuk K Rajagopal menerusi beberapa gerakan pantas tetapi serangan balas Sarawak melalui Gilmar (m47) menghadirkan bimbang seketika dengan Norazlan mengalami kecederaan selepas menyelamat keadaan.

Perlawanan kembali diteruskan selepas itu dengan Selangor terus melancarkan serangan ke kubu lawan menerusi gerakan pantas Hafiz Kamal, Nazmi Faiz, Mauro Olivi dan Patrcik Ronaldinho.

Patrick Ronaldinho terus menggembirakan penyokong tuan rumah dengan gol keduanya pada minit ke 56 untuk Selangor mendahului Sarawak 3 – 1.

Red Giants

Azril NasrulHaq (m67) mengambil giliran sebagai penyumbat gol menerusi hasil lorongan Olivi untuk gol keempat The Red Giants.

Sarawak sebelum itu memasukkan J Partiban (m63) menggantikan Syahrul Azwari, membuat pertukaran ketiga dengan K Thanaraj mengambilalih tempat Riduwan Ma’on (m69).

Skuad Bujang Senang mengurangkan jurang gol apabila Gilmar (m76) menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti selepas ketua pasukan, Sharom Kalam melakukan kesilapan menampan bola dengan tangan.

Selangor melakukan dua pertukaran apabila memasukkan Hadi Yahaya menggantikan Olivi (m78) dan Azmi Muslim (Raimi Md Nor – m79).

Adam Nor Azlin (m89) masuk sebagai pemain menggantikan R Gopinathan.

Perlawanan turut disaksikan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

KEPUTUSAN LAIN:

Kedah lwn Kelantan (2 – 1)

Pulau Pinang lwn Perak (1 – 1)

T-Team lwn PDRM (1 – 1)

JDT lwn Felda United (2 – 1)

Pahang Fc lwn Terengganu (1 – 2)

Carta terkini Liga Super Malaysia selepas empat perlawanan. JDT dan Selangor berkongsi mata tertinggi setakat ini dengan 10 mata namun kelebihan jaringan gol menjadikan Selangor pendahulu baru Liga Super .

Carta terkini

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 11:16:47 daripada Administrator

  •  
  • Print