Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Musim panas: Paras air empangan mencukupi

TANJONG KARANG, 21 MAC: Semua empangan di Selangor ketika ini mencatat bacaan melebihi 70 peratus dengan masalah kekurangan air tidak berlaku di negeri itu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri melakukan pelbagai usaha supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

catu air

“Hampir semua empangan di Selangor mencatatkan bacaan melebihi 70 peratus berbanding negeri lain mencecah hanya lebih kurang 30 peratus.

“Ini disebabkan kita belajar daripada apa berlaku pada 2014 maka pada tahun lalu kita berjaya mengharunginya dengan baik dan penggunaan strategi sama diteruskan tahun ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi tujuan itu antara proses dilakukan Kerajaan Negeri ialah pelepasan air di empangan dilakukan dengan cukup cermat ke setiap kawasan dan operasi pembenihan awan dimulakan dari awal tahun lalu diteruskan setiap hari hingga kini.

Katanya, pendekatan lain adalah Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) menerusi kolam takungan yang mengumpulkan air dari sungai disalurkan pada musim tengkujuh untuk digunakan pada musim kering.

“Projek mitigasi 2 diusahakan juga sudahpun siap apabila kita agihkan air dari Sungai Selangor ke kawasan seperti Kajang, Petaling dan Shah Alam.

“Selain itu kita turut menjalankan ‘interbasin transfer’ antara empangan Sungai Langat dan Sungai Semenyih yang paras air diimbangkan serta ‘interstate transfer’ iaitu air daripada Sungai Semantan, Pahang disalurkan ke Sungai Langat.

“Dengan adanya aktiviti sebegini maka setakat ini tiada masalah dan semuanya masih dalam kawalan,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bacaan empangan di Selangor, orang ramai boleh melayari laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) : http://www.luas.gov.my/

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:13:02 daripada Administrator

  •  
  • Print