Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gagasan Smart Selangor pacu pembangunan sukan negeri

SHAH ALAM, 31 DIS : Pembangunan Sukan mampu ditingkatkan secara efektif menerusi gagasan Smart Selangor kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Beliau berkata, fungsi Smart Selangor boleh diterapkan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada perubahan pengukuhan Majlis Sukan Selangor (MSN) ke arah melahirkan atlet berdaya saing di peringkat global.

Amiruddin Shari

“Kita menyambut baik usaha kerajaan negeri secara konsisten mewujudkan dasar peduli rakyat bukan hanya meliputi bidang kebajikan tetapi tumpuan juga diberikan kepada bidang sukan.

“Fungsi pembangunan sukan boleh ditingkatkan lebih efektif pada masa depan dengan mengaplikasikan dasar Smart Selangor itu.

“Saya percaya pelaksanaan gagasan ini membuka peluang besar kepada pembangunan sukan negeri selepas ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan pameran Smart Selangor di Foyer SUK, di sini hari ini.

Kerajaan Negeri sehingga kini, konsisten mewujudkan pelbagai bentuk program pembangunan sukan bagi memastikan kelancaran dan perkembangan sukan negeri pada peringkat tertinggi.

Bahkan, pada Belanjawan Selangor 2015 lalu sebanyak RM12 juta diperuntukkan bagi kemudahan infrastruktur sukan manakala sebanyak RM17 juta disalurkan bagi program pembangunan sukan termasuk pengurusan atlet.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-08 08:42:10 daripada Administrator

  •  
  • Print