Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor Food Mega Festival datang lagi

SHAH ALAM, 21 APR: Sekali lagi Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor Food Mega Festival 2016 (SFMF) dengan menyajikan pelbagai menu makanan tradisional, eksotik dan urban.

Menurut laman rasmi Tourism Selangor, festival itu akan diadakan sebagai acara tahunan selepas mendapat sambutan memberangsangkan pada tahun lalu.

Selangor Food Mega Festival

Festival akan bermula seawal 10 pagi hingga 10 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 30 April dan 1 Mei ini.

Sebelum ini, Exco Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, festival itu mampu merangsang sektor ekonomi dan pelancongan negeri selain landasan bagi penggemar makanan mencuba pelbagai jenis hidangan.

“Ia bukan sahaja program keusahawanan makanan tetapi turut menggabungkan aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan.

“Festival itu juga akan membuka ruang kepada peserta program Hijrah mempromosikan produk jualan merka,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-25 15:12:21 daripada Administrator

  •  
  • Print