Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bina kolam takungan, elak Pekan Banting banjir

BANTING, 30 SEPT: Bertindak mengatasi masalah banjir di beberapa kawasan di Pekan Banting, Kerajaan Negeri meluluskan projek kolam takungan di pekan itu dengan anggaran pembinaan RM4.6 juta.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kolam takungan fasa 1 itu sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya, kolam takungan itu mampu menampung 50,000 liter limpahan air dalam satu masa dan diharapkan memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pada musim hujan.

“Kaedah ini perlu supaya tiada lagi air melimpah di kawasan pekan yang sebelum ini pernah beberapa kali berlaku sehingga banjir di kawasan perumahan dan premis kedai sekitar,” lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, sekiranya kolam takungan itu mampu mengatasi masalah banjir di Pekan Banting, pihaknya akan memohon peruntukan untuk membuat projek sama di kawasan Telok Bunut.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 03:08:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page