Aplikasi Dalaman

- Maklumat sedang dikemaskini -

Aplikasi Dalaman (Kakitangan)

image

Bahagian Pengurusan Maklumat

Merupakan perkhidmatan eMel yang disediakan untuk kakitangan kerajaan di bawah pentadbiran jabatan negeri iaitu Pejabat SUK Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan negeri yang berada di Bangunan SSAAS.

image

Bahagian Pengurusan Maklumat

Smart Office Pejabat SUK Selangor ialah portal dalaman (Intranet) yang memberi kemudahan pengurusan dokumen online secara setempat dan medium perkongsian maklumat kepada kakitangan Pejabat SUK Selangor dan semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor. Akses terhad kepada kakitangan Selangor yang telah didaftarkan ID sahaja.

image

Bahagian Pengurusan Maklumat

Perkhidmatan iTRAS (dahulu dikenali sebagai eHelpdesk) disediakan untuk aduan khas mengenai peralatan dan perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor di kompleks pentadbiran Pejabat SUK Selangor dan di Pejabat-Pejabat Daerah Dan Tanah Selangor.

Sistem ini merangkumi beberapa sub sistem iaitu Pengurusan Aduan (iHelpdesk), Pengurusan Aset Alih (iAset), Pengurusan Stor (iStor), Pengurusan Aset Tak Ketara (iATK) dan Pengurusan Laporan (iExec)

image

Bahagian Khidmat Pengurusan

Merupakan sistem pengurusan permohonan kad pengenalan jabatan dan pelekat kenderaan untuk kakitangan dan pelawat di kompleks pentadbiran Pejabat SUK Selangor.

image

Bahagian Khidmat Pengurusan

Merupakan sistem pengurusan tempahan dewan dan auditorium di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, rumah rehat Kerajaan Negeri dan bilik mesyuarat di Pejabat SUK Selangor. Akses tempahan fasiliti dikawal kepada peringkat pengguna awam atau kakitangan. Sistem dilengkapi kemudahan bayaran online.

image

Bahagian Khidmat Pengurusan

Merupakan sistem pengurusan Kuarters di bawah pentadbiran Pejabat SUK Selangor.

Sistem merangkumi pengurusan Kuarters secara menyeluruh dari proses permohonan, pengurusan aduan oleh penghuni dan pengurusan bangunan Kuarters.

 

Aplikasi Gunasama (Kakitangan)

image

Perbendaharaan Negeri

Portal iSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet.

image

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

HRMIS merupakan sistem personel kakitangan awam digunakan oleh semua kakitangan awam. Urusetia: Dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Urusetia Negeri oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


  •