A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

Pelaburan IKEA bawa impak besar untuk Selangor

berita

SEPANG, 26 OGOS: Kejayaan Kerajaan Negeri menarik pelaburan besar bersama Pasar Raya Pukal ternama dunia, IKEA, bakal membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi di Selangor.

Malah, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kesediaan syarikat itu melabur dan membangunkan pusar pengedaran di Selangor perkembangan amat baik.

“IKEA memberi dokongan kuat untuk membangunkan pusat pengedaran di Pulau Indah, Klang dengan pelaburan berteknologi tinggi bernilai RM1 bilion dan ia adalah yang ketiga terbesar di dunia.

 

“Ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda di Selangor khusus yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi mampan,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin dan rombongan mengadakan lawatan kerjanya ke Zurich, Switzerland bagi pelaksanaan perkara berkaitan bersama IKEA.

Pusat pengedaran IKEA akan dibangumkan di Pulau Indah, Klang itu akan menjadi yang ketiga terbesar di dunia selepas Chicago, Amerika Syarikat dan Dusseldorf, Jerman.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-08-28 08:09:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page