A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor dan Guangdong tingkat kerjasama ekonomi

berita

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Kerajaan Selangor selamat tiba di China awal pagi ini bagi Misi Pelaburan Selangor ke Wilayah Guangdong.

Beliau yang memimpin delegasi itu dijadualkan menghadiri ‘2017 Guangdong EXPO’ dan Persidangan Antarabangsa Maritim Silk Road di Guangzhou.

Menerusi akaun twitter yang baru dikemaskini Mohamed Azmin memaklumkan beliau kini mengadakan pertemuan dengan Timbalan Gabenor dan Ketua Pengarah Jabatan Sains & Teknologi Guangdong, Dr. Huang Ningsheng.

Mohamed Azmin berkata Selangor dan Wilayah Guangdong adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar kepada negara.

berita

“Guangdong adalah inisiatif bandar yang inovatif & bijak. Sangat mengagumkan,” tulis Mohamed Azmin.

Di antara 31 wilayah dan majlis perbandaran di tanah besar China, Wilayah Guangdong di China Selatan adalah ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang dari segi KDNK.

Sebelum ini The Global Times mengutip data yang dikeluarkan pada 22 Januari 2017, oleh Biro Statistik Wilayah Guangdong menunjukkan bahawa ekonomi wilayah itu melonjak sebanyak 7.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.95 trilion yuan ($ 1.16 trilion) tahun lepas.

Pertumbuhan ekonomi Guangdong juga kekal lebih cepat berbanding purata negara sebanyak 6.7 peratus, walaupun ia perlahan daripada 8 peratus pada tahun sebelumnya.

Kerajaan wilayah berkata dalam laman webnya bahawa ini adalah tahun ke-28 berturut-turut bahawa jumlah KDNKnya dipuji sebagai yang terbesar di negara ini.

Mengikut artikel laman web, jika Guangdong boleh dianggap negara, ekonominya akan menjadi ke-16 terbesar di dunia.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-25 07:51:28 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page