Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Selangor - Talian Sahabat

Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Selangor - Talian Sahabat Selangor
>>KLIK KE SISTEM PSIKOLOGI DAN KAUNSELING ONLINE<<

psikologi dan kaunseling

PENGENALAN | DAFTAR ONLINE SESI KAUNSELING | HUBUNGI KAMI

 


>>KLIK VIDEO PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING SELANGOR<<

PENGENALAN

1. Pusat Kaunseling Selangor (PKS) adalah pusat perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berorientasi Rundingan dan Kaunseling. Pada 12 Disember 1990 iaitu di peringkat awal penubuhan, PKS ini dikenali sebagai Talian Sahabat (kini dikenali sebagai Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat)). Ia sebagai satu amanah Kerajaan Negeri yang mahu supaya rakyat sentiasa bersama menikmati kecemerlangan kemajuan dari segi ekonomi, sosial dan agama. Keseimbangan kejayaan ini meliputi kehidupan duniawi dan ukhrawi.

2.    Pada bulan Disember 1990 hingga bulan Februari 1991 perkhidmatan percubaan telah dijalankan di kaunter pengawal Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Perkhidmatan percubaan ini telah beroperasi hampir 12 minggu dan ianya diadakan pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu (3:00 hingga 6:00 petang ) dan hari Ahad (3:00 hingga 5:00 petang). Perkhidmatan ini dijalankan secara panggilan telefon (Hotline) dan bersemuka (Walk-In) walaupun dengan keadaan yang kurang selesa. Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak masyarakat setempat.

3.    Pada 16 Mac 1991 perkhidmatan ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Muhamad Taib di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada masa ini kaunter perkhidmatan berpindah ke satu lokasi yang strategik iaitu di bahagian ruang legar bangunan Kompleks PKNS. Ia juga telah disusun atur dengan menarik yang mana telah menimbulkan minat masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi yang dijalankan.

4.    Pada 20 Mac 1991, operasi perkhidmatan unit telah mengorak langkah dengan membuka perkhidmatannya pada setiap hari waktu pejabat kecuali pada hari cuti kelepasan am iaitu dari pukul 9.00pagi hingga 4.15 petang. Bagi mengemaskini perjalanan perkhidmatan ini, seorang petugas khas telah dilantik bagi menguruskan janji temu klien pada waktu tersebut selain dari hari Sabtu dan Ahad.

5.    Pada Mei 1995 perkhidmatan ini telah berpindah ke tingkat 2, dibangunan yang sama atas arahan PKNS. Kemudian, pada Mei 1996 perkhidmatan ini telah berpindah ke Lot G 60, Tingkat bawah, di bangunan yang sama setelah diadakan sesi rundingan dengan pihak PKNS.

6.    Bermula pada tahun 1996, perkhidmatan ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Unit ini diletakkan di bawah Seksyen Pembangunan Sosial. Seorang kakitangan tetap yang berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan Negeri bertugas pada hari bekerja di waktu pejabat. Pada hari Sabtu petang dan hari Ahad pagi dan petang perkhidmatan dikendalikan oleh kaunselor sambilan. Kaunselor sambilan juga akan bertugas pada hari lain yang diperlukan semasa kaunselor tetap bercuti atau berkursus ataupun dengan temujanji bersama klien. Kaunselor sambilan pada ketika itu ialah seramai 25 orang.

7.    Manakala bermula Tahun 2013, Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat) secara rasminya di letakkan di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ini bagi melancarkan lagi penyampaian Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi secara keseluruhan bukan sahaja kepada masyarakat malah lebih mengutamakan Penjawat Awam Negeri Selangor.

OBJEKTIF PUSAT KAUNSELING SELANGOR
1.    Matlamat perkhidmatan ini ialah untuk mencapai kesejahteraan Masyarakat Negeri Selangor di samping membantu Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor sebagai Negeri Berkebajikan secara tidak langsung ia adalah sumbangan perkhidmatan sosial dari Kerajaan Negeri.

PIAGAM PELANGGAN
1.    Perkhidmatan Yang Mesra, Adil, Cekap Dan Berkualiti.
2.    Memberi Maklumat Yang Terkini Dan Tepat.
3.    Bersedia Membantu.
4.    Merahsiakan Maklumat Pelanggan.
5.    Menghasilkan Kerja Yang Bermutu Dan Produktif.

FUNGSI PERKHIDMATAN KAUNSELING DI TALIAN SAHABAT
1.    Membantu klien memahami diri dan situasi: Perkhidmatan dan pertolongan adalah berdasarkan isu dan permasalahan yang dihadapi dengan menggunakan prinsip-prinsip Psikologi dan Inventori yang bersesuaian.

2.    Mengenalpasti keperluan: Setiap klien yang hadir mendapatkan Perkhidmatan di Pusat Kaunseling Selangor adalah unik. Oleh sebab itu, Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang diberikan adalah mengikut keperluan, kebolehan dan batasan klien itu sendiri.

3.    Menerima realiti hidup: Perkhidmatan yang diberikan merupakan bantuan kepada jalan keluar klien terhadap permasalahan yang dihadapi. Maka, klien hendaklah menghadapi realiti hidup mereka dengan penuh tanggungjawab dan menerimanya.

4.    Membuat perancangan realistik: Setiap masalah dan isu pasti ada jalan penyelesaiannya, oleh itu, melalui Perkhidmatan ini klien akan diberikan pemahaman tentang strategi dan langkah-langkah perancangan kehidupan yang lebih realistik berdasarkan kebolehan klien.

5.    Menyedari tanggungjawab dan perbuatan diri: Individu yang menghadapi masalah dalam kehidupannya adalah disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab terhadap diri dan perbuatan. Oleh sebab itu, perkara utama dalam Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pusat Kaunseling Selangor adalah membawa klien untuk menyedari akan tanggunjawab diri dan perbuatan diri.

 

SENARAI PERKHIDMATAN PUSAT KAUNSELING SELANGOR

1.    Pusat Kaunseling Selangor Memberikan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling secara PERCUMA kepada Penjawat Awam Negeri Selangor dan juga Orang Awam.

2.    Jenis perkhidmatan  yang disediakan di Pusat Kaunseling Selangor ialah  sesi kaunseling dan rundingan seperti:
a.    Kaunseling Individu/Peribadi
b.    Kaunseling Keluarga/Rumahtangga/Perkahwinan/Pra-Perkahwinan
c.    Kaunseling Kerjaya/Akademik
d.    Kaunseling Kelompok
e.    Kaunseling Trauma
f.    Inventori Psikologi
g.    Rawatan Hipnoterapi
h.    Perkhidmatan Maklumat  Dan Sebagainya
i.    Ujian-Ujian Psikologi

 

 

LOKASI & HUBUNGI KAMI


ALAMAT : LOT G 60, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM



 

 

       


E-mel       :  kaunselorpks@gmail.com    
Tel           :  03-5519 0500 / 5521 2363 
Faks        :  03-5544 7391
Website   :  
https://sites.google.com/site/pusatkaunselingselangor
facebook  Facebook :  Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat

 

 


Kemaskini pada 2019-09-24 10:40:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page