|
MAJLIS BERSAMA JABATAN |
![]() |
Mengenai MBJ | Senarai Perwakilan | Lampiran | Gambar | Sijil Penghargaan |
Perlembagaan | Soalan Lazim (FAQ) | Status Keaktifan MBJ SUK Selangor
Usul 2006 | Usul 2007 | Usul 2008
USUL PERWAKILAN PIHAK PEKERJA SEPANJANG TAHUN 2006
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SUK SELANGOR
ISU YANG DIUSULKAN SEPANJANG TAHUN 2006 |
||
Bil |
Isu Perbincangan |
Tindakan / Rujukan |
1. |
Peruntukan Khas Tahunan – Program Aktiviti Perwakilan MBJ (Elaun) |
Tiada peruntukan khas kerana MBJ merupakan Majlis Formal yang perlu diadakan setiap Jabatan. MBJ menggunakan peruntukan pentadbiran. |
2. |
Pakaian rasmi PAR - Peruntukan sebanyak RM390.00 yang diluluskan pada mesyuarat lalu tidak mencukupi. Warna yang dicadangkan ialah putih. |
Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pekerja agar dikuatkuasakan dan sebarang keputusan adalah merujuk kepada pihak pengurusan. |
3. |
Pas Keselamatan - Sistem Penggunaan Pas Keselamatan di Pintu Keluar Masuk dibaikpulih dan dipertingkatkan. |
Pas ini hanya dikeluarkan kepada Pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bangunan SSAAS sahaja. Penggunaan Pas Keluar Masuk dilaksanakan bagi memantau aktiviti yang tidak berkenaan di luar waktu pejabat. |
4. |
Kelakuan biadap penunggang motorsikal yang tidak menghormati system keselamatan jalanraya di sekitar Bangunan SSAAS - Sistem merekodkan nama pelawat untuk meningkatkan tahap keselamatan di Pejabat SUK |
Penunggang motosikal yang berkelakuan biadap di persekitaran pejabat SUK akan dikenakan penalti. Penguatkuasa akan ditugaskan mengawal keadaan dari semasa ke semasa. |
5. |
Tempat Meletak Kenderaan |
Tempat meletak kenderaan pelawat akan diatasi dengan menambah lot letak kereta sedia ada. Pihak pentadbiran dimohon mengkaji cadangan lot-lot letak kereta tambahan. |
6. |
Kursus dan bengkel |
Semua wakil memohon agar Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dan bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing. |
7. |
Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan |
Semua Ahli Majlis diminta memahami dan mempraktikkan bidang tugas serta fungsi MBJ |
8. |
Peperiksaan |
Perwakilan memohon agar pihak yang berkaitan dapat menganjurkan bengkel atau seminar berkaitan dengan kaedah menjawab soalan PTK |
9. |
Pelbagai Elaun |
- Permohonan elaun cermin mata bagi Bahagian Kewangan |
10. |
Kursus Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) |
Diadakan kursus seperti trengkas, mencatat minit serta pengurusan fail |
11. |
Pakaian rasmi |
- Permohonan pakaian rasmi/blazer bagi operator telefon, Pembantu Tadbir (P/O) |
12. |
Lantikan Perwakilan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja sesi 2006-2008 |
Konvensyen MBJ bagi melantik wakil baru akan diadakan pada 18 Disember 2006. Taklimat khas akan disampaikan oleh wakil JPA. |
13. |
Keceriaan dan lanskap |
- Menambah baik keceriaan lanskap. |
14. |
Ucapan Penghargaan |
Ucapan kepada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun atas jasa bakti. |
15. |
Telefonis |
Memperbaiki sistem telefonis yang sedia ada |
16. |
Lawatan sambil belajar |
Lawatan sambil belajar ke Jabatan Ketua Menteri Sabah dan lawatan balas Jabatan Ketua Menteri Sabah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. |
17, |
Bilik Rehat Pemandu Kenderaan Bermotor |
- Bilik yang sedia ada, dipohon dengan sebuah bilik yang lebih besar memandangkan bilik ini digunakan untuk keselesaan berehat oleh pemandu pada satu-satu masa dan digunakan oleh pemandu dari pelbagai Jabatan / Agensi
|
Kemaskini pada 2019-06-04 15:51:59 daripada Administrator