A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan Sharafuddin harap 2019 tahun terhebat buat rakyat

image

 

SHAH ALAM, 2 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap kehadiran 2019 menjadi tahun yang hebat untuk seluruh rakyat, khususnya di negeri ini.

Baginda bertitah, tahun baharu adalah hari resolusi untuk setiap orang menjalani kehidupan yang lebih sihat, jujur, baik dan bahagia.

“Beta sangat berharap pada tahun baharu, kita semua boleh bekerjasama dengan suatu penyelesaian baru untuk menjadikan rumah, kejiranan, kampung atau bandar dan negara ini tempat yang lebih baik untuk didiami.

“Seperti yang kita semua sedar, tahun baharu menyediakan masa untuk refleksi dan ramai di antara kita mencerminkan kembali kegembiraan, kekecewaan, kesilapan dan pencapaian tahun lalu.

“Ia juga adalah masa kita melangkah ke musim baru dan mengambil peluang baru demi mencapai kemajuan lebih besar untuk keluarga, negara tercinta dan diri sendiri,” titah baginda.

Titah perutusan Sultan Sharafuddin itu dikeluarkan Selangor Royal Office, melalui Facebook, sempena sambutan tahun baharu.

Baginda bertitah, sokongan dipamerkan rakyat sepanjang tahun lalu memberi makna yang cukup manis kepadanya.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin akan sentiasa melihat ke hadapan dalam mendepani setiap cabaran dan peluang, seterusnya memberikan khidmat terbaik sepanjang masa kepada rakyat mengikut keupayaan.

“Beta berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kesihatan dan rezeki yang dikurniakan. Beta berharap semua rakyat mendapat kedamaian, kegembiraan serta kemakmuran,” titah baginda.


Kemaskini pada 2019-01-09 16:18:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page