A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hypermax Taekwando Club juara Piala Datuk Bandar Shah Alam 2019

image

 

SHAH ALAM, 7 MAC: Pasukan Hypermax Taekwando Club muncul juara dengan merangkul 20 pingat emas, pada Kejohanan Taekwando Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2019, pada 2 dan 3 Mac lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penganjuran kali kelima itu mempertandingkan enam kategori mengikut peringkat umur dari seluruh Malaysia.

“Tempat kedua dimenangi SKID Taekwando Club dengan 13 pingat emas, manakala tempat ketiga dimenangi Adventure Taekwando Club dengan merangkul enam pingat emas.

“Kejohanan ini sebagai landasan untuk mencungkil bakat di peringkat akar umbi dan melahirkan atlet berkualiti serta berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Kejohanan disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MBSA.

Pada masa sama, katanya, kejohanan itu juga adalah kaedah paling berkesan dalam membentuk disiplin dan jati diri seseorang serta memupuk semangat kesukanan melahirkan individu sihat dan berkualiti.

“Ia dapat mempromosikan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan prihatin dan mengambil berat pembangunan sukan bagi golongan remaja di sekitar Shah Alam serta Lembah Klang,” katanya.


Kemaskini pada 2019-03-08 08:45:16 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page