Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Minggu Sains Negara 2019 ketengah tema ‘Sains Untuk Kesejahteraan’

berita berita

SHAH ALAM, 3 OGOS: ‘Sains Untuk kesejahteraan’ diangkat sebagai tema Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini bertepatan dengan kehidupan seharian manusia yang memberi impak besar terhadap kelestarian alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, karnival fasa kedua anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu sebagai wadah memupuk minat terhadap ilmu sains dalam kalangan rakyat Selangor.

“Memandangkan pembangunan teknologi diperlukan untuk pembangunan negara, adalah sangat penting untuk menyepadukan ilmu sains dan teknologi dengan sains sosial dalam membincangkan isu berkaitan teknologi serta kesannya terhadap kelestarian persekitaran juga masyarakat.

“Kadar perkembangan teknologi yang pesat memerlukan pertimbangan teliti ke arah teknologi yang mencerminkan perkongsian nilai masyarakat dan persekitaran,” katanya pada majlis berkenaan, di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Ir Dr Sanjayan Velautham dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.

Terdahulu, PPAS buat pertama kali diberi mandat menjayakan program yang berlangsung dari hari ini hingga 8 Ogos ini.

Sebelum ini, fasa pertama berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 7 April lalu membabitkan lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Loy Sian berkata, pelbagai aktiviti dijalankan dalam usaha menggalakkan pembangunan dan kemajuan sains, teknologi serta inovasi (STI) negara sepanjang Karnival Minggu Sains Negara berlangsung.

“Ia meliputi program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah di Selangor serta beberapa slot perkongsian ‘Career Aspiration Talk’.

“Terdapat beberapa pertandingan membabitkan STEM turut diadakan antaranya pertandingan Reka Cipta dan Inovasi STEM, Pertandingan STEM Action Song, Pertandingan Bercerita STEM, Pertandingan Robotik STEM Sekolah Menengah, seminar HOT dalam pendidikan STEM Malaysia serta Kem Sains dan Urban Farming Selangor 2019,” katanya.


Kemaskini pada 2019-08-05 13:50:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page