Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PENCALONAN BAGI PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT NEGERI SELANGOR

PEKELILING PENCALONAN BAGI PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT NEGERI SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 76 DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ TAHUN 2021

TARIKH TUTUP PENCALONAN : 16 OGOS 2021

DownloadDOWNLOAD PEKELILING DAN BORANG PENCALONAN

 

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj lbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor, pada 11 Disember 2021, Kerajaan Negeri dengan sukacitanya mempelawa tuan/ puan untuk mengemukakan perakuan pencalonan bagi pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berjasa kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor serta Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, perakuan pencalonan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan yang menepati semua kriteria yang telah ditetapkan seperti mana garis panduan di Lampiran A dan B, hendaklah dikemukakan dengan lengkap melalui borang perakuan seperti di Lampiran C dan D, sebelum tarikh tutup pencalonan pada 16 Ogos 2021 (lsnin). Borang tersebut hendaklah dialamatkan kepada:

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tingkat 19 
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan


Kemaskini pada 2021-06-16 09:01:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page