Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Webinar Pendigitalan Perkhidmatan Pentadbiran Pejabat SUK Selangor 2021-2025

Webinar Pendigitalan Perkhidmatan Pentadbiran PSUK Selangor

JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR PENDIGITALAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2021-2025

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YB. Dato’/YBhg. Dato’/Datin Paduka/Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa YB. Dato’/YBhg. Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri WEBINAR PENDIGITALAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN PSUK SELANGOR 2021-2025 yang akan diadakan secara seminar dalam talian (webinar)  seperti butiran berikut:

Tarikh : 16 Ogos  2021(Isnin)

Masa : : 8.45 pagi - 4.30 petang

Pendaftaran : https://bit.ly/webinarpendigitalan

Agenda : Sila rujuk lampiran Tentatif Webinar 

3. Sesi webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi  pendedahan  kepada peserta berkaitan pembudayaan produktiviti dan inovasi melalui digitalisasi dalam penyampaian perkhidmatan, menerangkan inisiatif berkaitan digitalisasi kerajaan yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam Negeri Selangor bagi membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap dan berkesan.

4. Sehubungan itu, mohon kerjasama YB. Dato’/YBhg. Dato’/ Datin Paduka/Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran di pautan https://bit.ly/webinarpendigitalan selewat-lewatnya pada 14 Ogos 2021 (Sabtu) jam 12.00 tengahari untuk tindakan penyelarasan. Pautan webinar akan diberi selepas pendaftaran.

5. Sekiranya YB. Dato’/YBhg. Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan sesi webinar ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut :

i. Nor Azian binti Ahmad
nor.azian@selangor.gov.my
019-989 0882

ii. Lili binti Ibrahim
lili@selangor.gov.my
019-222 6545

6. Kerjasama dan perhatian YB. Dato’/YBhg. Dato’/ Datin Paduka/Tuan/Puan akan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Tentative Webinar Pendigitalan 2021


Kemaskini pada 2021-08-12 23:43:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page