Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PENGENALAN MBJ

PENGENALAN
PERLEMBAGAAN
AHLI PIHAK PEGAWAI  
AHLI PIHAK PEKERJA  
URUS SETIA

SEJARAH PENUBUHAN MBJ PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

1. Bagi memacu penubuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, satu Majlis Taklimat MBJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah diadakan pada 24 Mei 2001 (Khamis) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Semua Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah hadir.
2. Berikutan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia telah mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Pre Council Penubuhan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
3. Pemilihan perwakilan-perwakilan skim perkhidmatan yang telah dilakukan sempena majlis taklimat tersebut pada 12 Julai 2001 dan telah disahkan di dalam mesyuarat Pre Council tersebut.
4. Manakala cadangan Perlembagaan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sejak 26 Jun 2001 dengan nombor pendaftaran 5001001. 
Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah dikemaskini dan mendapat kelulusan daripada JPA pada 14 September 2021.
5.
Bagi memastikan perancangan Mesyuarat MBJ ini berjalan mengikut jadual sehingga kini, maka satu takwim tahunan telah disediakan seperti berikut:
 
Minggu ketiga Februari;
Minggu ketiga Jun; dan
Minggu ketiga Oktober.
   

 

 

FUNGSI MBJ

MBJ menitikberatkan aspek kebajikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Bidang dan fungsi Majlis memfokuskan kepada perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang mempunyai kaitan dengan pentadbiran berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan.
 

 

 

KEAHLIAN MBJ

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat DYMM Negeri Selangor, Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Ketua Bahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri.
 

 

 

KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat MBJ diadakan setiap empat (4) bulan iaitu sebanyak tiga (3) kali setahun. Satu salinan minit mesyuarat akan dikemukakan kepada JPA tidak lewat daripada dua (2) minggu selepas mesyuarat diadakan bagi tujuan penyediaan laporan dan pemantauan oleh pihak JPA.
 

 

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2022-05-26 13:58:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page