Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor tubuh Skuad Pantas kendali kes kecemasan, bencana

SHAH ALAM, 16 NOV : Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (Pantas)
Negeri Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri
bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu agensi
keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana.

DSC_0269Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata skuad ini
bertujuan memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan
bencana mengikut tempoh yang ditetapkan.

Katanya, penubuhan skuad ini tidak akan mengganggu peranan agensi
keselamatan sedia ada seperi pasukan polis dan bomba, tetapi
bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan
merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan.

"Setiap PBT yang terlibat sebenarnya mempunyai pasukan khas
mereka sendiri untuk mengatasi kes kecemasan, namun kerajaan
negeri ingin memantapkan usaha sedia ada dengan menggabungkan
ahli-ahli PBT ini kepada satu pasukan dikenali sebagai skuad Pantas.

"Dengan cara itu, jika berlaku kecemasan dan memerlukan kita untuk
membantu masyarakat di mana-mana tempat, kita boleh bergantung
kepada pelbagai PBT," katanya semasa merasmikan penubuhan Skuad
Pantas Selangor di Taman Tasik Subang Ria, hari ini.

Hadir sama, Exco negeri, Datuk Teng Chang Khim dan Rodziah Ismail
serta Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi.

Skuad Pantas adalah pasukan yang ditubuhkan PBT negeri Selangor
bagi mengendalikan kes kecemasan dan bencana seperti banjir, tanah
runtuh, ribut, kemalangan dan kebakaran.

Antara PBT yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran
Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

DSC_0357Setakat ini, seramai 50 anggota dipilih untuk menyertai skuad ini.

Abdul Khalid berkata, anggota yang menyertai skuad ini akan diberi
elaun bulanan sebanyak RM200 seorang selain caruman skim
perlindungan insurans khas oleh setiap PBT.

Katanyan, peranan skuad ini akan diperluaskan ke peringkat PBT lain
dari masa ke masa bergantung kepada keperluan masyarakat.

"Kita akan mempunyai pasukan yang mantap untuk mengatasi
perkara-perkara kecemasan melalui anggota yang dilatih. Kita juga
bercadang untuk memperluaskan skuad ini ke kawasan-kawasan lain
dalam masa terdekat," katanya lagi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page