Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jemputan Pementasan Teater Antara Tiga - Teater Sejarah Klang

Jemputan Pementasan Teater Antara Tiga - Teater Sejarah Klang

Teater

Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan pementasan Teater Sejarah Klang - Teater "Antara Tiga"

Teater ANTARA TIGA sebuah karya yang menceritakan cabaran dihadapi oleh masyarakat Klang dalam tahun 1961 dengan menyingkap tiga sejarah utama di bumi Klang pada tahun 1025, 1445 dan 1867 yang telah mengubah landskap kehidupan serta menyatukan penduduk Klang dalam suasana harmoni sehingga kini.

  • Tarikh: 8, 9 dan 10 Disember 2022 (Khamis, Jumaat dan Sabtu)
  • Masa : 8.30 Malam
  • Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
  • Tiket berharga RM20 sahaja dan boleh dibeli menerusi pautan : https://www.ticket2u.com.my/event/29253

 

Saksikan ANTARA TIGA yang mengungkap RAHSIA, mencemaskan tangkai nyawa, namun belum pun sempat mendamaikan rasa ia mengasak persoalan dalam kepala.

Pertanyaan lanjut untuk urusan tempahan tiket boleh dirujuk kepada:

Encik Mohd Shahwal Radzuan bin Alias
03-88853637 shahwal.alias@jpa.gov.my

Puan Norfazlina binti Mohamed Shafie
03-88853678 fazlina.shafie@jpa.gov.my

Dibintangi sepenuhnya oleh penjawat awam daripada 30 agensi Kerajaan sebagai pelakon dan tenaga kerja produksi, teater ini melibatkan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Antara Seni Perkhidmatan Awam (ASPA), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

Peminat teater, pencinta bahasa dan sejarah, seluruh warga perkhidmatan awam serta seluruh warga Selangor dijemput menyaksikan pementasan teater ANTARA TIGA ini untuk menghayati penceritaan sejarah negeri Selangor, terutama daerah Klang.

 

Sumber : Seksyen Sektoral, Pejabat SUK Selangor


Kemaskini pada 2022-12-09 03:48:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page