Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

6 daerah laksana penjadualan air peringkat kedua 2 Mac ini

CYBERJAYA 28 FEB : Seramai 2.2 juta rakyat lagi di Lembah Kelang bakal berdepan dengan penjadualan air bermula 2 Mac depan susulan penyusutan paras air di empangan.
Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji, berkata situasi berkenaan memberi kesan kepda 260 kawasan di enam kawasan iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor and Hulu Selangor.
syabass
Katanya, enam daerah itu akan melaksanakan Pelan Penjadualan Air peringkat kedua oleh Syabas bermula 2 Mac hingga 31 Mac depan.
Peringkat kedua pengagihan air berjadual itu diputuskan dalam perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 25 dan 27 Februari.
Dalam penerangan Syabas bersama Suruhanjaya Perkkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini, memaklumkan enam daerah itu membabitkan 358,342 akaun atau 431,617 isi rumah yang mana ia menghampiri 2.2 juta rakyat di Lembah Kelang.
“Enam daerah terbabit juga akan dibahagikan kepada dua zon dengan konsep pembekalan air setiap zon bergilir-gilir dua hari ada air dan dua hari tiada air.
“Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan pelan penjadualan itu dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan Syabas,” katanya.
Yusof berkata bagi kawasan yang lambat dan tinggi untuk mendapatkan bekalan air, pihaknya akan menghantar bekalan selewat-lewatnya jam empat petang.
Yusof turut mengakui Syabas tidak mempunyai lori dan kakitangan yang cukup untuk melakukan penghataran bekalan air dan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu kelancaran penghantaran bekalan air.
“Kita hanya mempunyai 66 lori tangki dan 750 tangki septik. Kita akui ada masalah logistik untuk memastikan bekalan mengikut jadual yang ditetapkan, jadi kita akan meminta bantuan dari Kerajaan Negeri,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim berkata cuaca panas dan hujan yang kurang di kawasan tadahan menyebabkan empangan Sungai Selangor dan Klang Gates menyusut ke paras membimbangkan dengan masing-masing mempunyai peratus simpanan sebanyak 47.57 peratus dan 53.54 peratus setakat semalam.
Katanya, pengagihan air itu akan diteruskan bergantung kepada paras air di kedua-dua empangan di akhir tempoh itu.
Beberapa kawasan dan premis yang dikecualikan penjadualan ialah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang KLIA dan Subang, Hospital Kerajaan Swasta dan kerajaan serta kawasan Industri Free Trade Zone.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:05:55 daripada Administrator

  •  
  • Print