Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

159 hektar hutan simpan Bukit Tagar masih terbakar

KUALA SELANGOR 2 MAC: Pasukan Bomba dan Penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di hutan simpan Bukit Belata dan Hutan Rizab Raja Musa, semalam.
Penguasa Bomba Zon 6 Selangor, Penguasa Bomba Haikal Md Kasri berkata, kebakaran hutan berkenaan bermula sejak 24 Februari dan berpunca daripada kebakaran di kebun kelapa sawit sebelum merebak ke kawasan hutan berkenaan.
bomba 1

Menurutnya, pada mulanya, kebakaran itu seluas 156 hektar sahaja namun meningkat sehingga kira-kira 159 hektar semalam.
“Kawasan kebakaran meningkat disebabkan faktor-faktor seperti angin, keadaan cuaca kering dan pelbagai faktor lain,” katanya dipetik Sinar Harian.
Haikal berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengelak kebakaran daripada merebak dengan menggunakan pelbagai teknik. Di antara teknik yang digunakan ialah melakukan kaedah ‘fire break’ iaitu menghilangkan sebarang bahan yang boleh menyebabkan kemerebakan kebakaran ke kawasan baru dan ‘direct attack’ iaitu memadamkan kebakaran secara terus.
Menurutnya. seramai 120 anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu, Ampang, Kajang, Selayang dan Zon Ulu Selangor terlibat dalam operasi pemadaman kali ini.
“Kami juga menerima banyak bantuan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan Ulu Selangor, Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Ulu Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta agensi lain.
“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang sudi membantu bomba untuk operasi pemadaman ini,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka pada musim panas ini.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:00:30 daripada Administrator

  •  
  • Print