Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM140 juta bagi menaikkan taraf Stadium Shah Alam supaya setanding dengan stadium antarbangsa.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata RM70 juta daripada peruntukan terbabit akan disalurkan melalui fasa pertama dan bakinya untuk fasa kedua.
“Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan fasa pertama RM70 juta dan bakinya bagi fas kedua dalam usaha menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium yang mempunyai kelengkapan setaraf dengan stadium terkenal di dunia.
10


“Kita berharap akan dapat menjadikan stadium ini tempat pertandingan membabitkan pasukan antarabangsa seperti Piala Asia dan pertandingan yang setaraf dengannya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan perkembangan kerja menaiktaraf Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, fasa pertama kerja menaik taraf itu membabitkan isu keselamatan stadium seperti semakan ke atas sistem paip, sistem wayar, paip bomba dan kamera litar tertutup, manakala fasa kedua terdiri daripada kerja mencantikkan antaranya menggantikan kerusi, warna serta reka bentuk bilik.
Abdul Khalid berkata, kerja menaik taraf itu juga membabitkan kerja melengkapkan padang stadium itu dengan sistem yang mampu menyerap kelembaban padang hanya dalam masa kurang satu jam jika berlaku hujan lebat dan membaiki bumbung stadium.
“Kita sudah membelanjakan lebih RM650 ribu untuk mengemaskini dan memperbaiki bilik persalinan pemain dan tandas awam. Kita juga sudah membetulkan bumbung stadium yang tidak lagi tahan sebab sudah terlalu lama,” katanya.
09


“Fasa pertama kerja menaik taraf itu dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini sebelum fasa kedua boleh dimulakan.
“Bagaimanapun, Stadium Shah Alam boleh mula digunakan pada hujung bulan ini dengan perlawanan pertama kita menjadi tuan rumah kepada pasukan Kelantan, pada 22 Mac ini,” katanya.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 08:56:10 daripada Administrator

  •  
  • Print