Pengenalan
Geran Teknologi & Inovasi Digital Selangor (GTIDS) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Islam Selangor (UIS) untuk merangsang pengembangan teknologi dan inovasi digital. Geran ini bertujuan membantu menyelesaikan masalah masyarakat melalui inovasi teknologi, memastikan teknologi dan inovasi digital dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian, serta meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan rakyat Selangor.
Syarat Permohonan
- Penyertaan ini terbuka kepada semua penduduk, jabatan/ agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri Selangor.
- Peserta perlu menghantar kertas kerja yang terperinci mengenai produk teknologi dan inovasi digital tersebut beserta dengan ringkasan eksekutif.
- Permohonan mestilah berkaitan teknologi & inovasi digital sahaja.
- Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun begitu, hanya penyertaan terbaik sahaja yang akan dipilih sebagai penerima GTIDS'24.
Borang Penyertaan : BORANG ONLINE
Maklumat lanjut ikuti laman web rasmi GTIDS : https://iict.uis.edu.my/gtids
Kemaskini pada 2024-08-12 09:03:58 daripada Administrator