Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

AJK masjid perlu kreatif rangka aktiviti selaras kehendak Islam

KUALA LANGAT, 18 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Jenjarom, di sini, semalam.

Masjid yang dibina pada tahun 1933 di atas tanah lapang berkeluasan 2.5 ekar itu dinaiktaraf dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu dengan peruntukan RM5.3 juta dari Kerajaan Negeri.

r1Masjid terbabit mampu menampung seramai 1,500 jemaah dalam satu masa.

Mengiringi baginda Raja Muda, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 masyarakat kampung itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 389 orang fakir miskin, 150 orang saudara baru dan 196 orang anak yatim sekitar daerah Kuala Langat.

Baginda turut berbuka puasa bersama penduduk setempat dan kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Ahmad Zaharin dalam ucapannya berharap ahli jawatankuasa masjid dapat mentadbir urus dan mengimarahkan masjid itu selaras dengan kehendak Islam.

r3“Masjid tidak seharusnya hanya bertumpu kepada hal ehwal ibadah sahaja, sebaliknya ahli jawatankuasa perlu kreatif dan inovatif dalam merangka aktiviti mengimarahkan masjid seperti kelas Al-Quran, tuisyen, program pengurusan rumah tangga, khidmat sosial dan kaunseling,” katanya.

Beliau memaklumkan di daerah itu terdapat 33 buah masjid dan 126 surau, manakala Sekolah Rendah Agama pula 25 buah, KAFA lapan buah serta sebuah sekolah Maahad Intergrasi Tahfiz Sain.


Kemaskini pada 2014-07-22 08:06:36 daripada Administrator

  •  
  • Print