Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Skuad Pantas giat pulih kawasan terjejas ribut

SHAH ALAM, 22 OKT: Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon 47B, Lee Fu Haw memuji tindakan proaktif Pasukan Tindakan Segera (Pantas) membantu kerja pemulihan awal dalam kejadian ribut di Pandamaran, Klang semalam.

Katanya, kehadiran skuad Pantas dan beberapa jabatan MPK ke lokasi kejadian banyak membantu menyelesaikan masalah terutamanya gangguan trafik di beberapa jalan di kawasan itu.

PANTAS

“Kejadian ribut itu menimbulkan suasana panik penduduk dan pengguna jalanraya. Dalam tempoh kurang 10 minit selepas kejadian, skuad Pantas dan jabatan terlibat dari MPK telah turun mengalihkan pokok dan mengawal aliran trafik.

“Sehingga kini, Pantas giat menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Semalam, Pantas dibantu Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Taman dan Rekreasi MPK turun ke kawasan kejadian membantu kerja mengalihkan pokok tumbang menghalang aliran trafik.

Dilaporkan sekitar 50 batang pokok tumbang dan sebahagian daripadanya menghalang laluan trafik di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran.

“TNB datang memotong bekalan elektrik memastikan keselamatan awam terjamin ekoran beberapa unit tiang dan kabel elektrik di kawasan itu ranap dihempap pokok,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kejadian ribut yang berlaku di Pandamaran itu turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS menerusi laman sosial Facebooknya berkata mereka sedang mengenal pasti keperluan penduduk terlibat bagi meringankan beban yang mereka dihadapi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:31:21 daripada Administrator

  •  
  • Print