Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Promosi Perkhidmatan Terkini - Khairat Darul Ehsan Bermula 2025

Khairat Darul Ehsan Mula 2025 Khairat Darul Ehsan Mula 2025

LATAR BELAKANG PROGRAM

Sebelum ini, bantuan khairat kematian disalurkan menerusi beberapa program berasingan seperti Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan INSAN.

Kini, sebagai langkah memperkukuh penyampaian manfaat kepada rakyat, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE) yang menawarkan manfaat khairat kematian di bawah satu inisiatif yang sama.

Khairat Darul Ehsan menawarkan manfaat khairat kematian berjumlah RM1,000 bagi rakyat negeri Selangor berusia 50 tahun dan ke atas serta Orang Kurang Upaya (OKU).

PENDAFTARAN

Terdapat dua jenis pendaftaran yang akan dilaksanakan bagi inisiatif ini.

Pertama, jika anda merupakan penerima sedia ada di bawah Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Insurans Am Selangor (INSAN):

- Anda perlu membuat pengesahan maklumat dan persetujuan untuk menjadi ahli Khairat Darul Ehsan di laman web kde.yawas.com.my 

- ⁠Setelah itu, anda akan didaftarkan sebagai ahli Khairat Darul Ehsan secara automatik.


Kedua, jika anda belum pernah mendaftar dengan mana-mana program di atas:

- Anda perlu membuat pendaftaran baru di laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 1 Jun 2025.

- ⁠Permohonan anda akan disaring oleh YAWAS dan keputusan boleh disemak di laman sesawang yang sama.

PENTING!

Bagi menerima manfaat khairat kematian berjumlah RM1,000, amat penting untuk anda bertindak segera untuk mendaftar sebagai ahli Khairat Darul Ehsan.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada waris, Pusat Khidmat DUN berdekatan atau talian hotline YAWAS jika terdapat masalah ketika proses pendaftaran.

Sumber : Laman web rasmi KDE https://kde.yawas.com.my

 

URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-54818800
E-mel: pertanyaan.yawas@gmail.com

 


Kemaskini pada 2025-07-16 16:35:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page