Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gergasi Merah sudah bangkit, menang 4-1

SHAH ALAM 8 MAC: Pasukan bola sepak Selangor mengembalikan rentak kegemilangan apabila berjaya menewaskan pasukan PDRM dengan jaringan besar 4-1 di Stadium Shah Alam.

Kemenangan pertama Gergasi Merah itu pada saingan Liga Super 2015 turut menceriakan penyokong yang memberikan sokongan padu sehingga wisel penamat ditiup.

menangKemenangan penting Selangor itu juga sekali gus menamatkan rentak cemerlang barisan Azman Adnan yang meraih dua kemenangan berturut ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan sebelum ini.

Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan mudah Ahmad Hazwan Bakri ke gawang terbuka pada minit ke-23 selepas pemain pertahanan PDRM, V Thirumurugan tersilap mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekali gus memerangkap penjaga golnya sendiri, Badrulzaman Abdul Halim.

Hanya selepas 34 saat separuh masa kedua bersambung, Selangor berjaya menambah gol kedua menerusi penyudah kemas Afiq Azmi yang melepasi kawalan benteng pertahanan.

Namun PDRM berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-58 hasil rembatan Dramane Traore dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Syamim Othman.

Red GiantsSelangor bagaimanapun kembali bangkit garang menambah dua lagi gol menerusi Abdul Hadi Yahya pada minit ke74, tidak sampai seminit selepas dia dimasukkan disusuli gol keempat hasil rembatan kencang kaki kiri penyerang import, Guilherme De Paula minit ke-78.

Selangor kini ditangga kelapan dengan mengutip lima mata daripada empat perlawanan.

Red Giants akan bertemu pasukan Sarawak pada 14 Mac (Sabtu) di Stadium Shah Alam.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:49:59 daripada Administrator

  •  
  • Print