Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tewaskan Sarawak, Selangor cemerlang di tempat sendiri

SHAH ALAM, 15 MAC: Selepas menewaskan PDRM 4-1 minggu lalu, Selangor sekali bangkit di tempat sendiri dengan menewaskan Sarawak 2-0 pada perlawanan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan kedua berturut-turut itu berjaya melonjak kedudukan Selangor ke tangga ketiga Liga Super.

Jaringan Afiq Azmi dan Fittri Shazwan Raduwan malam tadi sudah cukup memberi tiga mata penuh pertama Selangor di gelanggang sendiri musim ini.

lensa bola

Seawal minit keempat, jurulatih Sarawak, Robert Alberts terpaksa mengeluarkan pemain pertahan importnya, Ronald Hikspoors yang mengalamai kecederaan lutut dalam cubaan menghalang kemaraan Andik Vermansah, lantas membawa masuk A Varathan.

Selangor mencipta gol pertamanya pada minit ke 10 selepas sepakan sudut Hazwan Bakri ditanduk pemain import tinggi lampai, Robert Cornthwaite ke tengah memudahkan Afiq melanjutkan bola terus ke dalam gawang Sarawak.

Sarawak yang cuba bangkit berjaya menggegarkan gawang Selangor pada minit ke-21, namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil kerana penyerang import Sarawak, Ryan Griffiths terlebih dahulu mengasari pertanahan kanan Selangor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Pada masa kecederaan babak pertama, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, membuat keputusan menggantikan Andik yang cedera hamstring dan memasukkan Fitrri Shazwan.

Separuh masa kedua bersambung, Selangor sekali lagi berjaya menggegarkan gawang Sarawak pada minit ke 53, namun gol berkenaan tidak disahkan pengadil kerana ofsaid.

Beberapa cubaan menarik berlaku selepas itu, sebelum gol kedua disempurnakan pada minit ke 77 hasil lorongan cantik Hazwan, berjaya di sambar Fittri Shazwan.

Selepas lima perlawanan, Selangor menduduki tangga ketiga dengan kutipan lapan mata, sama diraih Perak, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu tetapi dipisahkan perbezaan gol, manakala Felda United kekal di tangga teratas dengan 11 mata diikuti PDRM di tangga kedua dengan sembilan mata.

Untuk perlawanan ke enam liga Super, Selangor dijangkan bertemu Sime Darby di Stadium Shah Alam, 4 April ini.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:27:42 daripada Administrator

  •  
  • Print