Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Dua lagi projek Rumah Selangorku akan dilancarkan

SHAH ALAM, 19 MAC: Dua lagi projek rumah mampu milik di bawah program Rumah Selangorku akan dilancarkan Kerajaan Negeri, pada 20 dan 22 Mac ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelancaran dua projek terbaru itu adalah sebahagian daripada program Rumah Selangorku di bawah ‘Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015’ yang akan dibangunkan pemaju swasta.

Katanya, pelancaran serta pendaftaran Rumah Selangorku itu membabitkan Sime Darby Property (Klang) di Bandar Bukit Raja dan Bandar Rimbayu Sdn Bhd di Telok Panglima Garang, Banting.

Rumah Bukit Botak

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan penyediaan kediaman selesa dan berkualiti supaya dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Selangor seperti yang digariskan dalam objektif ‘Dasar Rumah Selangorku,” katanya.

Iskandar berkata, sembilan projek Rumah Selangorku diluluskan Kerajaan Negeri yang mengandungi 11,833 unit rumah, sehingga kini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk rumah yang bakal dibina anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

“Kerajaan Selangor mensasarkan 15,000 unit Rumah Selangorku akan diluluskan dan dilancarkan tahun ini,” katanya.

yb iskandar 1

Beliau berkata, syarat permohonan baru sudah dilonggarkan dengan membenarkan golongan bujang berusia 25 tahun ke atas membeli kediaman terbabit sebagai inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada rakyat memiliki Rumah Selangorku.

Rumah Selangorku adalah rumah yang wajib dibina pemaju dengan harga kawalan antara RM42,000 sehingga RM250,000 seunit bergantung kepada keluasan lantai minimum 700 kaki persegi hingga 1000 kaki persegi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-55447950 atau layari http://lphs.selangor.gov.my untuk keterangan lanjut.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:33:10 daripada Administrator

  •  
  • Print