SHAH ALAM, 23 APR: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM80,000 bagi membaiki bumbung asrama lelaki Maahad Tarbiyah Islamiah Al-Ansar, Kuala Selangor yang ranap dilanda ribut, pada 17 April lalu.
Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perkara itu diputuskan mesyuarat Exco yang diadakan, hari ini.

“Kelmarin saya sudah meninjau. Anggaran kos juga sudah diserahkan ke Pejabat Exco Pendidikan yang akhirnya memutuskan beri peruntukan kepada maahad itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Beliau berkata, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali juga akan mengadakan lawatan ke asrama berkenaan bagi melihat sendiri kerosakan bumbung yang menempatkan 150 pelajar lelaki itu, pada 27 April ini.
“Dato’ Menteri Besar juga akan solat di masjid berhampiran nanti,” katanya.
Bumbung asrama lelaki maahad berkenaan ranap akibat ribut yang kuat, kira-kira jam 5.45 petang, pada 17 April lalu.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kemusnahan itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.
http://bm.selangorku.com
Kemaskini pada 2018-01-11 15:27:15 daripada