Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

14 kursus tingkat kemahiran usahawan

SHAH ALAM, 3 JUL: Orang ramai berpeluang menyertai 14 program kursus jangka pendek anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor.

Peluang menyertai program pembangunan usahawan desa itu terbuka kepada rakyat Selangor serta mereka yang bermastautin lebih daripada 10 tahun di sini.

FLYERS KEMAHIRAN copyPemohon perlu berumur 17 tahun dan ke atas serta berminat dan bersedia menamatkan kursus mengikut modul ditetapkan.

Bertempat di Kolej Antarabangsa Inpens, Kuala Selangor, terdapat lima program diaturkan iaitu Program Motorsikal dan Dandanan Rambut (8 dan 9 Ogos), Program Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Jahitan (3 dan 4 Oktober) serta Program Kecantikan (10 dan 11 Oktober).

Sementara itu, sebanyak 9 program lagi dijadual berlangsung di Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara, Kuala Kubu Baru dengan pengangkutan untuk peserta turut disediakan.

Program Nasi Arab dan Set Lauk Arab (17 Ogos), Roti Canai dan Murtabak (18 Ogos), Nasi Ayam Hainan (19 Ogos), Ayam Penyet dan Pecel Lele (20 Ogos) dan Aneka Mee serta Soto (22 Ogos).

Selain itu, terdapat juga program Cendol dan Aneka Rojak (23 Ogos), Nasi Lemak Bungkus dan 15 Lauk Pauk (24 Ogos), Makanan Jajaan (25 Ogos) serta Makanan Dingin Beku (26 Ogos).

Kesemua program dijadual bermula jam 10 pagi hingga 5 petang dan sarapan turut disediakan kepada para peserta.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat daerah masing-masing.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-06 08:02:47 daripada Administrator

  •  
  • Print