Majlis APC Pejabat Daerah / Tanah Klang 2019 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

4 April 2019, Khamis

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 dan Jasamu Dikenang Pejabat Daerah / Tanah Klang telah berlangsung dengan jayanya pada 4 April 2019 (Khamis) di Dewan Serbaguna PDTK.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.B. Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya,  Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir ialah Y.A.D.  Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani bin Haji Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang.

Seramai 16 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 13 orang penerima Anugerah Pegawai Daerah, 53 orang penerima Anugerah Sihat Sejahtera iaitu tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tahun 2018 yang telah diraikan.Selain itu, turut dirai rakan-rakan yang telah bersara seramai 5 orang, yang telah bertukar keluar seramai 8 orang serta penghargaan kepada 5 orang pembaca doa harian PDT Klang.

Diterbitkan pada 8 April, 2019 Diterbitkan Oleh Siti Rohaya