Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Klang Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

10 April 2019, Rabu

Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Klang telah berlangsung dengan jayanya pada 10 April 2019 bersamaan 4 Syaaban 1440Hijrah di Auditorium, Pejabat Daerah / Tanah Klang. Mesyuarat dimulakan dengan pendaftaran oleh Ahli PEMADAM Daerah Klang yang telah dijemput dan juga pendaftaran bagi ahli-ahli baru.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs.Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor, AMS Pegawai Daerah Klang Merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Klang.

Seterusnya Tuan Pegawai Daerah juga turut melancarkan  Akaun Facebook PEMADAM Daerah Klang sebelum Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Klang Kali-42 dimulakan.

Turut hadir semasa Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Klang ini adalah Tuan Hasyim Bin Anang wakil PEMADAM Kebangsaan dan Encik  Daing Muhammad Reduan Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor. Seramai 15 orang AJK bagi sesi 2019-2022 telah dilantik oleh ahli-ahli PEMADAM yang sebulat suara menyokong semasa mesyuarat.

Dalam ucapan Encik Daing Muhammad Reduan iaitu Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Tanah Klang kerana menjadi Pejabat Daerah Pertama yang telah melaksanakan Mensyuarat Agung PEMADAM ke-42 bagi tahun 2019.

image

 

Diterbitkan pada 12 April, 2019 Diterbitkan Oleh Siti Rohaya