11 individu di Klang ditahan ingkar PKP Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

11 individu di Klang ditahan ingkar PKP

Seramai 11 individu di Klang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga awal pagi tadi.

Pasukan Cantas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan berkata kesemua ditahan di sekitar Taman Sentosa dan Kampung Delek.

“Kesemua individu terbabit dibawa balik ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut,” kata pihak berkuasa itu di Facebook.

Semalam, polis Selangor menahan 316 individu kerana ingkar PKP, menjadikan jumlah yang ditahan di negeri ini seramai 2,255 orang sejak 18 Mac lalu.

Daripada jumlah tersebut, 1,050 dituduh di mahkamah dengan 93 daripadanya dihadapkan kelmarin.


 sumber : selagor kini

Diterbitkan pada 8 May, 2020 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh