Kawal pergerakan, enam laluan ditutup di Klang Selatan Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Kawal pergerakan, enam laluan ditutup di Klang Selatan

18 APRIL: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menutup enam laluan di daerah itu bagi mengukuhkan penugasan operasi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Laluan tersebut ialah Jambatan Raja Nala, Jambatan Musaedin, jejantas komuter Kampung Raja Muda, Jalan Sungai Sirih (kunci air), Jalan Raja Zainal berhampiran Loji TNB dan Jambatan Besi.

IPD Klang Selatan melalui kenyataan di Facebook berkata langkah itu bagi mengawal pergerakan orang awam dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Orang ramai diingatkan hanya keluar bagi keperluan penting sahaja. Individu yang didapati masih ingkar akan ditahan reman sebelum dituduh di mahkamah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pasukan Cantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan menahan 18 individu yang didapati ingkar PKP di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang dan Bukit Tinggi, awal pagi tadi.

Kesemua individu tersebut dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

sumber :selangorkini

Diterbitkan pada 8 May, 2020 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh