TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS AKTIVITI PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI ATAS LOT 10,11,12 DAN 13 BERSEBELAHAN SEKOLAH SRJK (C) TIONG HUA KOK BIN, PEKAN MERU, MUKIM KAPAR, DAERAH KLANG. Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS AKTIVITI PENCEROBOHAN
TANAH KERAJAAN DI ATAS LOT 10,11,12 DAN 13 BERSEBELAHAN
SEKOLAH SRJK (C) TIONG HUA KOK BIN, PEKAN MERU, MUKIM KAPAR,
DAERAH KLANG.

Pada 17 Jun 2020, Pejabat Daerah / Tanah Klang telah melaksanakan tindakan
penguatkuasaan ke atas aktiviti pencerobohan Tanah Kerajaan di atas Lot
10,11,12 dan 13 bersebelahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tiong
Hua Kok Bin, Pekan Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang. Semasa operasi terbabit
dilaksanakan sebanyak 6 buah struktur kedai dan gerai makan telah berjaya
dirobohkan.
Operasi penguatkuasaan dijalankan atas permohonan JKR bagi membolehkan
pembinaan Jejantas Pejalan Kaki di hadapan SRJK (C) Tiong Hua Kok Bin oleh
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah tertangguh sejak Dis 2019 dapat
diteruskan. Projek pembinaan jejantas terbabit dijangka siap pada Januari 2021.
Pejabat Daerah /Tanah Klang telah mengeluarkan sebanyak 2 kali Notis
Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 dan 426 (1) (c) Kanun
Tanah Negara 1965, yang telah disampaikan pada 18 Februari 2020, dan 15 Mei
2020 kepada 6 pemilik struktur-struktur untuk mengosongkan tapak. Keluasan
tanah yang diceroboh adalah sekitar 746 meter persegi yang digunakan sebagai
kedai dan gerai makan.
Susulan daripada keengganan pemilik-pemilik struktur untuk mematuhi Notis
Pengosongan yang telah dikeluarkan, Pejabat Daerah / Tanah Klang telah
menjalankan tindakan meroboh struktur-struktur yang terlibat pada 17 Jun 2020.
Operasi penguatkuasaan ini, diketuai oleh Pejabat Daerah / Tanah Klang dan turut
disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis
Perbandaran Klang (MPK), Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.
Orang ramai adalah di ingatkan bahawa sebarang pencerobohan Tanah Kerajaan
/ Pendudukan Tidak Sah ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 425,
Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan jika sabit kesalahan tindakan denda tidak
melebihi RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
boleh dikenakan kepada pelaku dan mereka yang bersubahat.

 

Diterbitkan pada 17 June, 2020 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh