Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Baiki paip pecah Klang, Kuala Langat siap petang esok

image

Baiki paip pecah Klang, Kuala Langat siap petang esok


21 JULAI: Pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang dijangka siap pada jam 6 petang esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan air pula dijangka pulih sepenuhnya bermula jam 6 pagi pada 23 Julai.

“Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan terlibat termasuk di Wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan kepada pengguna.

“Sekiranya orang ramai ingin memohon bantuan air kecemasan, mereka boleh menghubungi talian 15300 atau Whatsapp ke talian 0192800919 atau 0192816793,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Semalam dilaporkan, beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang.

Kejadian itu berlaku akibat tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.

Kawasan terlibat seperti berikut:

Wilayah Klang

-Bandar Bistari, Batu 5&6 Sijangkang

-Jalan Johan Setia

Wilayah Kuala Langat

-Seluruh kawasan Sijangkang & Kampung Medan

-Jalan Sijangkang Utama

-Eco Sanctuary

-Batu 9 Kebun Baru

-Taman Perwira

-Taman Seri Medan

-Taman Sijangkang Jaya

-Tropicana Aman

 

Sumber : Selangor kini

 

Diterbitkan pada 21 July, 2020 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh